Eun Ji-won

Eun Ji-won (lahir 8 Jun 1978)[1] adalah seorang rapper, penyanyi, pengacara, penari, komposer dan pemimpin generasi pertama kumpulan idola SechsKies (젝스키스).[2] Selepas kumpulan tersebut bubar pada tahun 2000, Eun meneruskan karier solo di tahun 2001 dengan single pertama berjudul ("A-Ha") dan telah tertumpu pada muzik hip-hop sejak itu. Sebagai tambahan kepada karier muzik beliau, Eun telah muncul dalam rancangan hiburan popular seperti 2 Days & 1 NightReply 1997New Journey to the West dan Kang's Kitchen.Pada 14 April 2016, SechsKies telah mengadakan konsert reuni untuk peminat selepas 16 tahun pembubaran mereka melalui program Infinite Challenge. Sejak daripada konsert tersebut, mereka kembali mempromosikan diri mereka sebagai satu kumpulan dan telah menandatangani kontrak dengan agensi terkemuka Korea Selatan, YG Entertainment.